Thursday, August 13, 2009

You gotta be kidding me!!

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pihak pengurusan Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM), Negeri Sembilan telah melakukan pengubahsuaian dengan menambah bilik, katil dan almari bagi keselesaan guru-guru pelatih.

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya hari ini memberitahu antara pengubahsuaian yang dilakukan IPRM adalah mengubah bilik menonton televisyen menjadi tiga bilik untuk pelatih yang boleh memuatkan dua dan lima orang.

Dua unit pejabat lama penyelia asrama dan seunit pejabat warden juga dijadikan bilik guru pelatih yang boleh memuatkan dua orang sebilik.

''Semua bilik ini disediakan katil dan almari untuk setiap guru pelatih,'' ujar kenyataan itu.

Pada 22 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan aduan seorang penjaga bahawa anaknya yang mendaftar di IPRM pada 13 Julai lalu ditempatkan di bilik asrama Blok D yang dihuni oleh dua orang guru pelatih senior.

Di bilik tersebut hanya terdapat dua buah katil dan almari milik pelatih senior. Guru pelatih baru terpaksa tidur di atas lantai manakala beg-beg berisi barangan keperluan harian terpaksa diletakkan di ruang antara dua buah katil itu.

Kenyataan itu menambah, bilik bersaiz besar di aras tiga dan empat yang sebelum ini dihuni dua pelatih kini dilengkapi peralatan tambahan untuk menempatkan tiga orang.

Selain itu, bilik menggosok pakaian di empat aras bangunan itu akan dijadikan bilik pelatih dengan disediakan katil dan almari.


ellymustafa: You're telling me our future teachers who are going to teach our children in the future were given a 3rd class facilities???!! I dont even call this a class at all. I call this a humiliation!!!

We expect the teachers to move the sun and the moon for the sake of our children's education, and we in return giving them this shit??

You fucking seriously gotta be kidding me.

p/s: got a lil' bit emotion involved here..my sister is a teacher..good morning teacher muna! i love you. even tough u often asked me to do the art projects for your class decoration...arggghhhhh...i'm not artsy at all..pleaseeee.....

2 comments:

Biqque said...

speaking of teacher, i'm growing with a bunch of family members who are teachers...makcik, pakcik, kakak, abang ipar, cousin, sume cikgu cikgi...

balasan yg patut diorang dapat? countless! tak patut...tak patut...

Ely Hasrul said...

tu ah! dh la gaji rendah, keje byk, xkena calar kete ngan student kena saman ngan mak pak plak ..

plan nk belajo sign language nih ngan abg ngah hehehehe